DDHN | Tomyam Campur Menggunakan Perencah Tomyam Droi
Hai..hai..hai.. menu semalam. Anak bujang tu dah dua hari sebut2 nak tomyam. Ummi ni memang failed sikit masak tomyam. Tak tahu bila nak terer. Semalam singgah kedai, beli bahan2 buat tomyam dan saja2 beli perencahtomyam Droi ni. Memang tak pernah cuba pun hehe. Tawakkal je lah ya hehehe.
Arahan mudah je untuk penyediaan tomyam. Sediakan 500ml air, masukkan bahan2 lain tu semua dan tambah 2 sudu perencah tomyam Droi. Tapi ummi ilhams tamak tambah bersudu2 kekonon jak rasa ummphhhh sangat ekeke.
Taraaaaaa.. memang pekat. Tambah gula dan garam boleh tahan rasanya. Oh ya, bab2 masak tomyam ni susah nak dapat pujian babah tau. Dia high taste bab2 rasa tomyam ni haha. Kebetulan dia balik kerja singgah ke dapur, memang jadi mangsa la kena tolong rasa kuah tu hehehe. Sekali dia kata bau macam lain je.. tapi rasa ok sedap. Wowwwww.. first time kata ok hahaha. Memang sedap jugalah lain sikit dari tomyam2 sebelum ni hahaha. Lebur jek semua dan pepandailah adjust rasa. Ada separuh lagi perencahnya tu simpanan untuk masa depan ekeke.
Korang terer buat tomyam? Meh ajar ummi ilhams. Sharekan resepi tomyam yang macam kat kedai tu tak pun yang macam kat secret recipe hehehe.
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!