Friday's Lunch - Chamek Kopitiam, GP Sentral, Gelang Patah
Lokasi segmen "Kemana Kita?" minggu ini ialah ke Chamek Kopitiam, GP Sentral, Gelang Patah. Segmenlah sangat.. kekonon ala2 JJCM gitu ekeke.
Kali ni kita tambah ahli baru. Ira, praktikal student Marine Services Department. Eh, office i le tu hehe. Ira ni student UMT baru 2 minggu start praktikal dan attached dengan section ummi ilhams. Dah alang2 rehat sama ajak sekali join geng jumaat aka geng menjemah haha. Tapi geng jumaat tak cukup korum. Makcik Dila half day, Kak Leen cuti.
Tahu le naik kereta awak cik noni, siap ada sticker kat dashboard. Takut orang tak kenal eh hahahaha. Ke saja minta kena bahan ekeke.
Sebelum makan mesti ada satu gambar hehe.
Semua order menu yang sama, Beef Kue Tiaw dengan harapan makanan cepat sampai haha. So far this is one of my favourite menu at Chamek Kopitiam. Serious sedap! Rasa terliur pula tengok gambar ni. Sebelum ni memang falled in love dengan Beef Kue Tiaw di Sedap Corner. Harganya ni sepinggan RM12. Ummi minum chocolate ice blended RM7. Minuman diorang i is lupa hahaha.
Cuba teka pinggan siapa paling licin? Ngeh3. Dah tentu2lah pinggan ummi ilhams hehe. Halia tu je tak telan. Lain semua habis nampak sangat dia punya suka tu kan. Beef Kue Tiaw ni kena makan panas2 kalau dah sejuk muak. Lagi satu kuah pun kena makan cepat kalau biar lama dia jadi cair tak likat tak best hehehe.
Lepas makan2, haruslah pulang semula ke office. Sila jangan nak fefeeling half day ya. Ok, info untuk penduduk Gelang Patah, GP Mall akan dibuka tak lama lagi ya. Belakang GP Sentral tu ha. Bangunan chocolate and cream tu. Makin ngepaklah kita hari jumaat ye geng2 makan hehehe. Kena jelajah every foods outlet lah macam ni hehehe.
Ok, stop dulu. Banyak entry tertunggak ni. Harap dapat settle secepat mungkin. Babai!
p/s semoga entry ini bebas typo sebab ada cikgu BM check nanti.. hahaha.. hai cikgu eqa! 🤓
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!