alhamdulillah. hari ni last day untuk cabaran blogging.

walaupun start lambat, tapi saya sedaya upaya mencabar diri untuk update mengikut tajuk yang ditetapkan. boleh pun sebenarnya nak maintain update blog kan. saja jek selama ni banyak alasan. cetttt!

tajuk terakhir sebelum kita start dengan cabaran seterusnya..

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG

 

20141015_100053

 

Diari Hidup

~ saya mula blogging sengal2 masa tahun 2006. masa tu blur2 tot lagi. banyak le entry mengarut keluar. rajin gila blogwalking. bila tengok orang share2 aktiviti masing2 saya pun makin excited nak blogging. saya suka share aktiviti saya dan keluarga. jalan2 sana sini. makan2 tambah lemak hehehe. tapi tak semua yang saya share. yang saya fikir boleh beri manfaat pada pembaca saya akan share.

 

Kongsi Minat dan Info

~ bila dah ada anak minat saya untuk mendalami ilmu keibubapaan semakin meningkat. jadi blog medium saya berkongsi pengalaman penyusuan susu ibu, sikit2 ilmu parenting yang saya pelajari dari kelas formal atau tak formal dari kawan2. maklumlah mak baru nak belajar ni. macam2 kena gali ilmu kan. Winking smile

 

Tambah Kawan

~ memang bertambah2 kawan saya sejak blogging. dari kawan blogging tup2 jadi kawan Shaklee. hmmmm.. what a small world kan. time blogging tak pernah bersua muka. bila sama2 join Shaklee baru bersua muka. ohhh by the way, jumaat ni nak dating dengan geng blogger Kak Yatie Jay yang saya kenal melalui blog. haaaa ni nak jumpa sebab buku anak2.

 

Pendapatan Sampingan

~ walaupun blog saya tak segah mana. tapi alhamdulillah dari blog ni lah Allah bagi peluang saya tambah duit. alhamdulillah ada juga customer Shaklee saya dari blog. bila kita rajin update blog dan share info2 berguna ramailah visitor yang datang. encik Nuffnang pun rela hati bagi income berpadanan dengan usaha kita menulis. siapa nak bagi income senang2 kak oi. hehehe.

apa pun saya memang akan tetap meneruskan minat blogging saya. saya harap blog saya yang tak seberapa ni dapat membantu pembaca2 yang mencari info2 berguna. mudah2an menambahkan saham saya di sana Smile

thanks for reading my blog ya!

Red heart Red heart Red heart